Tuesday, August 31, 2010

manusia , usia dan waktu

Menapak mungkin jauh,
Sedang waktu terus berputar,
Gerak tari kehidupan,
Namun perjalanan banyak simpang.

Cinta, kasih dan kesetiaan,
Adakah manusia dan Sang Pencipta satu,
Memegang kukuh tali ikatan,
Sedang waktu terus berlari.

Pejam mata menyentuh dan merasa,
Memandang dan terus berprasangka,
Bergerak namun tiada makna,
Menghias di atas pusara.

Cantik bahasa penghias rupa,
Hati berkata mengundang tingkah,
Jodoh pertemuan titik bermula,
Sedang waktu tiada merahnya.

Saturday, August 28, 2010


LELAKI VS PEREMPUAN



Lelaki dan perempuan melalui sebutan dan ejaan sahaja cukup membezakannya. Lelaki sering digambarkan gagah ,dan berperwatakkan pemimpin kepada kaum perempuan yang lebih lemah lembut dan bersifat keibuan. Perbezaan antara lelaki dan perempuan merupakan satu strategi di mana ada kaum adam pasti dibelakangnya adalah kaum hawa. Lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain bagi menyempurnakan kehidupan mereka. Tidak kiralah dari segi apa namun mereka memerlukan antara satu sama lain sebagai pelengkap hidup.

Namun dari perspektif pelengkap hidup itu adalah bagi mereka yang bercinta dan ingin berkeluarga. Adakah lelaki dan perempuan cukup dan boleh sekadar berteman atau berkawan baik? Isu kali ini ingin mengetahui adakah lelaki dan perempuan boleh berkawan tanpa ada perasaan suka atau tarikkan yang boleh menjerumus kepada cinta. Ianya sukar untuk diberi jawapan kerana peratusan yang member jawapan kepada soalan ini banyak mengatakan ketidakpastian mereka.




Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, di mana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah. Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan. Ambil yang jernih buang segala yang keruh. Tidak semestinya bersahabat antara lelaki dan perempuan tidak boleh terjadi kerana lihat sahaja sekeliling kamu pasti teman-teman disebelahmu adalah lelaki dan perempuan. Setiap ikatan persahabatan yang terjalin adalah kita yang mencorakkannya. Prinsip berkawan adalah bebas di mana jika benar kamu sudah jatuh cinta dengan kawan baikmu mungkin sudah jodoh dan jika si dia bukan jodoh untuk kamu maka bersahabat adalah tidak salah asalkan tahu menjaga tatatertib berkawan.

Lelaki dan perempuan mempunyai pemikiran yang berbeza dan kerana perbezaan itulah persahabatan yang terjalin semakin bermakna kerana kita dapat perbagai jenis pendapat dan ianya lebih meluas. Berteman antara lelaki dan permpuan adalah satu perkara yang sihat yang membolehkan kita untuk mengenal kaum lelaki dan permpuan dengan lebih baik. Mungkin kita akan menjadi seorang yang lebih baik dalam pergaulan jika kita tahu membezakan watak antara lelaki dan perempuan.



Jadi kepada sesiapa yang bersahabat tidak kira antara lelaki dan perempuan, berkawan lah dengan sebaik-baiknya kerana mungkin kita boleh mengambil mana yang baik untuk dijadikan rujukan dan meninggalkan yang buruk untuk di jadikan tauladan. Selamat bersahabat!