Terkandas dalam kepanasan dan bengang yang terlampau kerana lewat ke kelas? Mungkin membawa kereta ke kelas sesuatu yang membanggakan bagi sesiapa yang menunjuk dengan apa yang dia ada. Namun harus sedari, jika berada dalam Uitm jangan berharap anda akan tersenyum gembira jika kerata yang anda bawa tercalit kesan langgar atau anda sudah pusing berkali-kali hanya untuk meletakkan kerata anda.
Satu masalah yang memang tidak boleh dinafikan lagi ketika berada dalam Uitm Shah Alam melainkan anda mempunyai pas menunjukkan anda salah seorang staf Uitm. Ini hanya masalah meletakkan kenderaan. Belum pun mencari penyelesaian anda juga akan letih melihat kesesakkan di dalam bas. Bukan sahaja di atas jalan raya tetapi sesak di dalam bas.
Apakah inisiatif yang harus di ambil bagi menangani masalah ini? Ia masih belum dapat di kesan kerana terlalu rumit untuk di ubah. Mungkinkah pihak Uitm harus membesarkan tempat letak kereta ? atau mengubah arus jalan atau membiarkan perkara ini begitu sahaja.
Berhati-hatilah jika anda memandu di dalam Uitm mungkin kereta akan calar tanpa pengetahuan anda walaupun anda berada dalam petak letak kereta yang betul. Ini kerana keterlebihan kereta memaksa pelajar meletakkan kenderaan sebagaimna yang boleh asalkan mereka dapat ke kelas. Bagi yang menaiki bas pula, tahanlah diri anda jika anda tersepit kerana terlalu ramai yang menaiki bas sama ada untuk ke kelas atau pulang ke rumah.
Ia mungkin kedengaran seperti teruk tetapi jika anda berada dalam siatussi sebegitu anda mungkin tersenyum sendiri kerana melihat pelbagai ragam untuk berebut naik bas atau meletakkan kereta anda.
No comments:
Post a Comment