kau petik jari
mungkin berbunyi
mungkin sunyi
dengar kicauan burung
mungkin kau sedar
sedang dendangan azan
kau perbiar
kau di maki hina
hati terusik jiwa tercalar
namun menyedari kesilapan
kau butakan kebenaran kau persoal kan kesalan
malaikat tercipta dengan kesempurnaan
melebarkan sayap meneruskan kewajiban
sedang manusia mendapat segala kelebihan
namun tetap memilih syaithan menendang keimanan
dunia semakin panas
sedang sang hujan tiada ukuran
kini panas membahang
sedang banjir memusnahkan
manusia lupa pada janji
sedang sibuk tentang hak kehidupan
sedang berjalan melihat kerosakkan
kesenangan menjadi pilihan
siapa kata tiada pertunjuk dari yang ESA
sedang bala menimpa-nimpa
yang susah kian menyusah
yang kaya meminta bala
apa dosa jika tiada kemaafan
ap erti meminta jika tiada usaha
apa erti doa jika hanya sekadar permintaan
sedang inginkan perubahan tiada usaha
jika sehelai kertas dipandang
tiada kekotoran atau coretan
ia tetap kertas putih yang bersih
namun terbiar ia terbang dan mencari haluan
pohon yang bergoyang bukan kerana bosan
kadang angin memaksa untuk beralun
jika akar kian lemah
maka tumbang menyembah tanah
silap kata seribu bicara
silap dunia menambah derita
silap diri hanya kemaafan dari-NYA
silap manusia hanya pada kerendahan hati
biar duni bergegar bejuta kali
biar musnah tempat berdiri
jika hati tidak pernah beringat
maka jangan di tanya mengapa bencana kian melanda
No comments:
Post a Comment