Adakah kau sedar..
Setiap dari kita ada jantung yang berdegup
Kau titipkan kasih sayang ke dalamnya
Kau sulami kehangatan dengan amalmu
Jiwa melambang bangsa
Kau sematkan perjuangan dalam menjaga
Jiwa kau adalah wajah dirimu
Setiap yang bernafas adalah hidupan
Kerana setiap yang hidup adalah satu nyawa
Maka mencari keindahan adalah dengan cinta
Kau hanya akan jadi peminta
Mengharapkan belas ihsan
Jika kau hanya melihat dan mengintai
Sedang kau perbiar keikhlasan hakiki
Sedangkan hanya dia yang menabur bakti
Bila manusia lupa leka dan alpa
Hanya memandang yang jauh tanpa menyelak naskah lama
Yang di kejar tidak kemana sedang jawapan di depan mata
Bahawa hari ini adalah refleks hari kelak
bila matahari menghilang bulan merajuk hiba
bumi akan pecah maka yang terbentang adalah hari muka
Jika kau sedar...
No comments:
Post a Comment