hari ni , hari semalam dan hari seterusnya,
hidup bagaikan roda kita ikut je putaran waktu, tapi kita tak sedar kita terlalu asyik kita tertinggal jauh dari sesuatu. apakah yang kita cari, apa tujuan? dan apa maksud kehidupan. pernah denga 'when dog bite man is normal but when man bite dog, its different'. kita terlalu menacri yang susah bagi memenuhi tuntutan nafsu. sedang kiraan waktu berputar kita semakin laju melangkah jauh. namun sejauh mana kita berlari jika kita tidak menoleh kebelakang sedang kita mencipta kegagalan yang sama.
aku menyedari sesuatu hari ini, kadangkala bagi mengejar kesenangan kita harus melupakan kebahagiaan. bagi mencari kebahagiaan kita lupakan yang apa yang kita ada namun bagi yang sedang bahagia, kita di kejar kesusahan yang berbentuk cabaran. banyak sangat dugaan dalam hidup yang kita tidak sedari. hari ni kita gembira esok kita akan lihat sedikit sengsara.
pernah dulu ahli sufi di tanya , apa yang kau mahu dalam kehidupan ini? dia hanya tersenyum dan menjawab, aku hanya mahu keredhaan dari-Nya. kita toleh kita pandang dan kita menyedari hakikat, namun manusia sering gabrah dalam membuat satu simpulan keputusan. kita hanya memandang namun kita membiar. kita menolah namun kita mendiam. bila kita sedar kita akan hakikat kita tidak mampu berbuat apa-apa. itulah kesilapan yang sering manusia ciptakan. mempersiakan masa demi secebis kesenangan.
No comments:
Post a Comment